Posted by : Unknown Saturday, May 3, 2014

Bismillahirrahmanirrahim,,

Akhirnya untuk sekian lama dapat juga kembali ke perjuangan di blog ini setelah berbulan menunggu dek kerosakan laptop ini yg xdiketahui dari mana dtg puncanya. Jadi utk pengisian pd kali ini saya ingin menulis berkaitan "盲心" atau lebih dikenali sbg buta hati. 

Dalam kehidupan kita sbg manusia biasa, kita sering melakukan kesalahan waima secara sedar ataupon tidak. Dan tanpa disedari, kesalahan yang dilakukan ini semakin lama semakin mnggelapkan hati kita yg berfungsi sebagai benteng utama dalam mencegah sgala kemungkaran dan pnggalak kpd sgala kbaikan.



"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu buruk, maka akan buruk semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan apabila hati ini menjadi gelap hasil drpd kburukan dan segala kemaksiatan, maka akan terhasillah satu penyakit yg dinamakan sbg buta hati. 

Namun, ramai tertanya, "Apa punca hati buta ea?" "buta hati ni cmne nk tau ea?" "Ak xbuta hati kowt, exam ak dpt A je,," "Alaa klo buta hati ni,, taubat je lah,, bkn susah pown,," dan sebagainya. Kita perlu ingat bahawa penyakit buta hati ini tidak semestinya akan mmberikn kesan kpd akademik semata. Ia mungkin juga memberi kesan kpd keberkatan dan juga keredhaan Allah terhadap diri kita.

Jadi, pada bulatan gembira yg diadakan pd bbrpe hari lepas, akhirnya telah dijumpai indicator utk mngenal pasti punca penyakit buta hati ini. Mungkin sebahagian drpd anda prnh mndgr tentang punca2 ini. Xpe lahkan. Kan peringatan itu bgus utk org muslim ~^^

Pertama :

Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya

Kedua :

Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

Ketiga : 

Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat :

Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya

Kelima :

Kamu telah mengatakan syaitan itu musuh kami tetapi kamu tidak menentangnya

Keenam : 

Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

Ketujuh :

Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya

Kelapan :

Kamu telah berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya

Kesembilan : 

Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu melupai aib kamu sendiri

Kesepuluh :

Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar drpd mereka

-sumber : hadis kesepuluh dalam hadis 40-

Ya mungkin kita akan terasa dgn punca2 ini kerana kita sbg manusia pasti dan pasti akan adanya penyakit buta hati ini dek kerana kita ni insan yang lemah. Kerana itulah kita mempunyai Al-Quran dan Sunnah sbg panduan utk kita melayari kehidupan di alam fatamorgana ini dengan penuh amal dan hikmah. 

Kesimpulannya, berusahalah utk menjadi muslim yang terbaik pada hari ini dan seterusnya. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa kehendakNya =)

~Sampai ke syurga kita berusaha!~

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -