Posted by : Unknown Sunday, January 26, 2014


Suasana dalam kelas begitu aman pada hari ni, semua memandang sensei yang mengajar 微分積分 (differentiation n integration) di hadapan dengan penuh khusyuk. Ada yang memandang sensei tanpa berkelip. Malah tidak kurang juga mereka yang tunduk menyembah meja. 

"Hmm, mungkin terlalu khusyuk agaknya. Xpelah."

Ana terus mndgr tanpa hnti. Dan akhirnya, perkataan yang ditggu2 akhirnya kunjung tiba. Walaupun tempohnya sekejap, ia amat bermakna buat kami yang digelar sebagai pelajar. Especially pelajar JAD. Kami akan mati tanpanya. (hiperbola) Hahahaha.

"えっと、皆さん。休けいしましょう!5分だけ!" (ok, rehat sekejap 5 minit!)

Mendengar prkataan trsebut, riang ria mereka. Ade yang tidur. Ada yang ambil air. Lain dgn ana, ana akan menangis mengenangkan keterangan sensei yg 全然分からない!(xfhm langsung!) Haha.

Tetiba, kawan di belakang ana menyapa ana. 

"Weyh hensem* (nama tipu) nnti dah kahwin nnti ko nk wat keluarga yg mcm mana?"

Ana agak terkedu seketika mendengar prkataan trsebut. 

Dia mnyambung, "Kalau akulah, ak nak wat keluarga tu ada 4 orang anak. Di mana perbezaan antara setiap anak tuh 3 thn. Pstu is3 ak lak ak nk pilih yg ada muke macam ustazah n suka senyum. Barulah hilg stress bila blek keje. Tgok muka is3,, kompem cair. Hahahaha."

Tabik lah dekat mamat niyh. Ada gak masa nk bincang ngn psl kluarga masa depan time tgh rehat yg skjp niyh. 

"Hmm,, muka ustazah n suka senyum. Ha! Si Julia Roberts tu kan?! (nama tipu)"

Dia mnjawab, "Bukan, ehh tny ak pulak, kluarga ko cmne weyh?"

Ana jwb mudah, "Klo dr f5 dlu, mak ak slalu ckp. Ak nk wat kluarga yg ade biah solehah. Kita mengaji same2, solat brjemaah, puasa sunat sama2, mmpraktikkan sunnah nabi, senang crita, KELUARGA DAKWAH. Tp nak capai bnd niyh mmg susah. Plbgai msalah yg kne settlekn dlu. Lg2 nk capai matlamat yg mulia niyh, setan mmg 24 hours rr 一生懸命(berusaha gila2!) nk halang matlamat ak niyh. InsyaAllah rr~^^"

Sensei bangun drpd tempat duduk sambil memegang marker pen biru jenama unicorn dan berkata, "皆さん、続きますね。”(sensei sambung ya)

Begitulah berakhirnya prbincangan ana dgn kawan ana. Tetiba, timbul satu prsoalan. Adakah ana mmpu untuk mewujudkan sebuah keluarga dakwah? Keluarga yang didirikan atas syiar islam yang sebenar? Bagaimana? Bagaimana dan bagaimana? 

Keluarga dakwah ini sangatlah susah tetapi tidak mustahil. Antara ciri2 yang selalu disebut sebagai keluarga dakwah adalah,

'Dapat memainkan peranan sebagai institusi mendidik anak2 sehingga mereka menjadi generasi yg muttaqin, amilin, solihin, muslihin dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah serta dapat menyempurnakan rukun2 keluarga; sakinah, muwaddah dan rahmah. Rumah tangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yg menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab.'

Ya, inilah keluarga dakwah. Susah bukan? Namun, first thing first. UBAH DIRI dahulu. Inilah langkah pertama dalam mencapai matlamat 'keluarga dakwah' ni. Tanpa mengubah diri sendiri terlebih dahulu, mana mungkin kita nak ubah orang yang berada di sekeliling kita bukan? 

Sekiranya anda telah berjaya dalam langkah ini, maka proceed lah ke arah perancangan yang teliti. Perancangan yang dirancang mestilah tidak berlanggar dengan syiar Islam. Barulah nme nye keluarga dakwah bro! Bukan kluarga doyah ke, dakyah ke. Malah ia adalah DAKWAH! 

Jadi sekian sahaja untuk hari ni. Segala kekhilafan harap dimaafkan dan diberi teguran. Wallahu'alam =)


~Moga Allah Redha ^^



{ 1 comments... read them below or add one }

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -