Posted by : Unknown Monday, August 10, 2015



Assalamualaikum w.b.t, setelah berbulan tidak berbicara, akhirnya kita bertemu semula. Disebabkan ketiadaan study week untuk final exam kali ini, blogging terpaksa diberhentikan buat sementara. Alhamdulillah, keputusan final exam kali ini bolehlah dikira membanggakan. Kot. Tak perlu tahulah. hahaha. Seperti yang telah dimaklumkan kepada pelajar jad pada awal tahun, selepas sem ini akan diadakan INDUSTRIAL TRAINING (INTRA) selama dua bulan di syarikat-syarikat industri.

Hasil daripada usaha2 para sensei yang berusaha mencarikan kami tempat untuk menjalani intra ni, saya ditempatkan di Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama sahabat karib saya iaitu Wan Hafizan yang sgt geliga otaknya. Hehe. (Sori Wan)

So, ingatkan sibuk memanjang mcm kelas kat jad, rupanya, takdelah sibuk mana. Bila waktu2 mcm ni, mulalah tekan butang mobile data. Melayari fb, twitter, tgok keadaan kawan2 dkt tmpt intra lain melalui whatsapp. Ada yang sibuk, ada yang sibuk biasa2, dan ada yg tgok movie dan main coc sepanjang masa (ini memang free sgt)

Tiba-tiba, munculnya sebuah idea.

Kan bagus kalau kita guna waktu2 mcm ni utk hafal quran?

Selalunya orang akan ckp, utk hafal quran, kita kena ada niat. Kena ada azam dan tekad utk hafal quran.

Yes, elemen2 tu mmg wajib. Tapi, apabila kita dah talk the talk, bnd yang paling penting untuk kita lakukan seterusnya adalah walk the walk!

Bagaimana pula utk walk the walk?

Mungkin dekat sini, ramai yang pernah dengar ayat ni.

'A thousand mile journey, starts with a single step.'

So, pada pndgn saya, apa kata kita jadikan 2 bulan di intra ini sebagai 'first step' kita untuk memulakan misi kita dalam menjadi seorang Huffaz Teknokrat?

Di sinilah munculnya idea untuk membuat projek seperti yang tertulis pada tajuk entri kali ini iaitu PROJEK AL-KAHFI. (Dengan menjadikan surah kahfi sebagai target untuk dihafal.)
Selepas itu, saya mula membuat kira2.


Tempoh intra : 2 bulan

Tempoh spesifik : 1 ogos - 25 sept

Total hari : 56 hari

Total ayat dlm surah al kahfi : 110 ayat

Kadar pnghafalan : 2 ayat/sehari

Jangkaan tempoh tamat hafalan : 55 hari


Ok. Berdasarkan pengiraan di atas, kita dapat lihat, dalam masa 55 hari, kita dah boleh hafal surah al-kahfi! Tak benyak pon kan? Dengan bermodalkan 2 ayat sehari je pon.

Selepas menghafal, adalah penting untuk kita bagi lekat ayat hafazan tu. Masa dekat DQ dulu ada orang cakap.

“Ayat Al-Quran ni macam unta yang ganas. Kena tambat betul-betul supaya 
ia tidak boleh lepaskan diri.”

So, cara yang sesuai untuk bagi melekat ayat al-quran adalah I’adah ataupun mengulang. Sama macam lagu. Bila kita dengar berulang kali, pasti kita akan liriknya jua bukan? So, bagi saya nak buat kaedah ni simple. Record ayat yang ingin dihafal, loop banyak kali. Kalau tak nak dengar suara sendiri pon, cuba dengar recitations daripada Mishary Al-Afasy ke, Saad Al-Ghamidi ke. Secara tidak langsung, kita juga akan betulkan bacaan dan tajwid kita. Selepas itu, jadikan ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat juga merupakan cara yang efektif untuk bagi lekat ayat Al-Quran tu. Orang kata cara ini macam kita I’adah direct dengan Allah. Kalau dapat baca ayat hafalan tu macam baca surah al-fatihah, dah kira mantaplah hafalan tu. InsyaAllah.

Kesimpulannya, paling penting adalah niat. Tanpa niat, segala amal yang kita lakukan, segala ayat yang dihafal akan menjadi sia-sia. Tajdid niat balik. Sebab apa kita hafal.

Jadi kepada sahabat2 skalian, gunalah masa yang diberikan dgn baik (especially waktu intra ni untuk budak2 jad). Pilih satu surah. Then cuba hafal. Awal2 mmg rasa nak berhenti, penat, sakit otak. Tapi yakinlah, makin byk dihafal, makin sng nak hafal! Bila dah settle hafalan tuh, rasa puas gila dan motivate kita utk hafal surah seterusnya. Tidak percaya, cubalah! Takkan rugi punya! Ayuh, kita berusaha dan terus berusaha. Biar sampai syurga !


P/s : sekarang nak hafal ayat 21 dan 22. Agak panjang. Doakan saya kawan2! Ganbarou! ~^^



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -