Posted by : Unknown Tuesday, April 5, 2016



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,

Fuhhhh3,, nampaknya blog ni sudah makin berhabuk,, dah lama tak tulis post baru,, hahaha ~^^

Alhamdulillah,, setelah tiga tahun berhempas pulas di Bumi Beranang yg ramai tak tahu dekat mana,, akhirnya berjaya jugak lah aku menjejakkan kaki di negara matahari terbit,, bumi Sakura,, or lebih dikenali sebagai JAPAN ! Terima kasih kepada mereka yang mendoakan. Family,, Sensei tachi,, batch JAD14,, insyaAllah jasa dan kenangan kita bersama takkan dilupakan. 

InsyaAllah aku akan menyambung lagi 2 tahun di Ritsumeikan University, Shiga Prefecture dalam bidang electrical and electronic engineering sebelum memperoleh segulung ijazah. Moga-moga perjalanan sepanjang dua tahun yang pastinya dipenuhi dengan cabaran dan dugaan akan dipermudahkan olehNya insyaAllah.

OK.

So what's for today post?

Seperti yang tertera di atas, post kali ini berkaitan dengan YUUKI "勇気". What is YUUKI? YUUKI ni perkataan jepun that means COURAGE or dalam bahasa melayu BERANI. 

So why courage as the first post in Japan? Kenapa x sushi? Kenapa bukan sakura? Hoho. Ok meh sini aku cerita sikit.

Basically, pelajar JAD yg pergi ke Jepun akan pergi ke universiti masing-masing selepas berorientasi di Hachioji. Program JAD ni sebenarnya twinning programme antara Malaysia dengan Jepun yang melibatkan sebanyak 22 universiti dan diberi biasiswa penuh oleh YPM so mohonlah JAD/MJHEP weyh.  (cheh tetibe promote JAD hahahaa)

So bila tiba di universiti masing2, ada yang rasa teruja, seronok, excited dan lain2. Tapi tidak kurang juga yang berasa cuak and anxious. Yelah. Dulu dgr psl ada orang tweet ”地獄が終わった!” (maksud: neraka dah habis!) bila habis final exam dekat JAD tuh,, pastu ada senpai yg dekat Jepun pon reply balik. ”地獄の2ステージへようこそ” (maksud : selamat datang ke neraka stage kedua),, memang cuak lah kan.

Tambahan pula,, sensei dah lain,, kawan2 yg selalu kita belajar sama-sama pun dah dekat universiti lain. Suasana pembelajaran dah berbeza. Dulu kalau ada benda tak faham aku tanya Wan. Skrg Wan pon dah dekat Rika Uni takkanlah nak pergi jauh2 kat tokyo semata-mata nak tanya soalan kut? Entah2 subjek yang diambil pon tak sama. So perasaan takut tu memang akan wujud secara natural. Boleh ke tak nak ambil subjek? Lepas dua tahun ni aku akan graduate ke? Cuaklah kalau tak lepas subject ni.

Pastinya semua statement dan soalan kt atas tu akan bermain di minda semua orang sekarang. Aku pun tak terkecuali. Kadang2 sampai mental breakdown. Walaupun tak mula kelas lagi.T^T

Jadi, takkan lah kita nak jadi takut je sepanjang masa? Time ni lah pentingnya YUUKI tu! So how to gain this yuuki?

Ok one of the method adalah dengan cara kita 

1) Mendekati diri kita dengan Allah Bukanlah nak cakap apa, tapi kita selalu je dengar yang Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Cliche. Tapi kenapa kita still rasa susah dan rasa nak berputus asa bila berhadapan dengan cabaran? Yes walaupun Allah ada dekat dengan hambaNya,, tapi hamba yang perlu menyedari dan meyakini yang Allah berada dekat dengan kita. Dengan cara ini, sesusah mana pun cabaran yang bakal dihadapi,, insyaAllah Allah akan bantu kita sepanjang perjuangan kita.

2) Mentaliti  Ok ni kita berperang dengan dalaman kita. Set mentaliti ni penting. Kalau awal2 dah "Weyh macam susah je subjek ni,," macam mana kita nak expect untuk lepasi challenge tu? Time macam ni lah kita set mentaliti kita. "InsyaAllah subjek ni ok je,," Barulah rasa ada confidence and courage tu datang. Contoh kalau nak lalu satu bilik yang gelap gelita,, tp dalam minda dah cakap "eee takutnya mana tau ada hantu ke,," nak masuk ke tak dalam bilik tu rasa-rasanya? Mestilah tak! Melainkan lepastu korang set mind,, "Takde apa-apa lah kat sini.." Time ni barulah ada keberanian nak masuk bilik tu. So don't get beaten even though you haven't started anything.

3) You're not ALONE  Ni mungkin berada dalam mentaliti part. Tapi sebab nak bagi banyak point sikit tulis lah juga dalam point yang berasingan. So dah masuk universiti, dah ambil banyak subjek,, ada yang pointer yg ditransfer dari Malaysia tinggi,, ada yg rendah dan banyak jugak lah yang sederhana. So kalau ada korang yang terfikir macam cuak ke nak ambil subjek tu,, jangan risau,, orang lain pon cuak jugak,, senior pon pada awalnya cuak jugak nak ambil subjek2 ni,, nak belajar dengan sensei baru lagi,, tapi cuba tengok sekarang,, ada yang aku tengok senpai teragak agak baca kanji,, sekarang dah graduate dengan jayanya. Kalau diorang boleh,, takkan kita tak boleh? Apa bezanya diorang dengan kita? Manusia jugak dua2 nya so jangan lah risau bab2 ni. Gain courage and keep moving forward. 

Sesungguhnya dunia ini sebuah perlumbaan. Tapi bukanlah perlumbaan yang melibatkan kita dengan orang lain. Malahan dengan diri sendiri. Untuk kita improve diri,, hanya yang berani dan yakin sahaja akan menjadi lebih baik daripada diri mereka yang dahulu. Berusaha dan terus berusaha. Biar sampai syurga~^^

COURAGE is the discovery that you may not win,
and trying when you know you can lose.
-Thomas Krause-

Koizumi Atsushi
Kusatsu, Shiga, Japan
1007AM
05042016



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -