Posted by : Unknown Sunday, May 17, 2015

Voltage (V) : Keupayaan yang diperlukan untuk menggerakkan satu cas electron dari satu point ke satu point yang lain.

Current (I) : Arus cas elektrik

Resistance (R) : Mengehadkan arus elektrik yang mengalir

V = IR

**********************************

Formula ini merupakan asas (asas segala asas mungkin) bagi sesiapa yang mengambil bidang engineering khususnya electrical dan electronic. Formula ini dikenali sebagai Hukum Ohm.

Ok, para pembaca pasti terfikir, apa yang menarik pasal tajuk kali ni kan?

Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita fahamkan dulu apakah Hukum Ohm ini.

Menurut sumber yang disukai ramai iaitu Encik Wiki, Hukum Ohm menyatakan bahawa,

"Arus elektrik (I) yang mengalir melalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan (V) antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan (R) antara kedua-dua titik."

So, sekarang pembaca dah tahu tentang maksud Hukum Ohm ini, dan mungkin ada yang masih blurr pasal hukum ini, takpe2. Kita move slow and steady. Penulis akan jelaskan dengan lebih terperinci tentang Hukum Ohm ini.

Basically, Hukum Ohm ini terbahagi kepada dua point.

First, point "Arus elektrik (I) yang mengalir melalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan (V) antara kedua-dua titik" or in english, "current is directly proportional with voltage". Ok point ni rasanya mudah untuk difahami oleh para pembaca bahawa semakin tinggi nilai voltage, semakin tinggi nilai current dan vice versa.



Point kedua, "Arus elektrik yang mengalir adalah berkadar songsang dengan rintangan antara kedua-dua titik." or in English, "Current is indirectly proportional with Resistance between two points." Rasanya kalau rujuk graph mungkin lebih mudah untuk difahami oleh para pembaca. Namun senang cerita, berlainan dengan hubungan antara current dengan voltage, semakin tinggi nilai current yang mengalir, semakin rendah nilai resistance. Semakin rendah nilai current, semakin tinggi nilai resistance. (seperti graf di bawah)



Ok sekarang nak bertanya semula kepada para pembaca, kenapa penulis menjadikan Hukum Ohm ini sebagai entri untuk tajuk kali ini?

Sebenarnya, tujuan penulis menjadikan Hukum Ohm ini sebagai topik adalah kerana, selain daripada digunakan untuk menentukan nilai voltage, current dan resistance di dalam litar elektrik, sedar atau tidak berdasarkan kedua-dua point yang dijelaskan sebentar tadi, ia sangat berkait rapat dalam kehidupan kita sebagai manusia! Ya! Berkait rapat dengan kita!

Haa, berkait rapat itu dari segi apa pula?

Kita kembali kepada point pertama tadi, tapi kita tukar sikit. Kali ini, voltage itu sebagai 'VISI' dan current (I) itu sebagai 'ISTIQAMAH'. Lantas menjadikan hypothesis kali ini,

'semakin tinggi VISI yang ingin dicapai, semakin tinggi ISTIQAMAH yang perlu diberikan'.

Sounds legit? Hypothesis accepted? YES ! Individu yang mempunyai matlamat yang tinggi akan berusaha bukan sekali, bukan dua kali, malah berusaha secara beterusan untuk mencapainya!

Proof? Kita bagi analogi.


Analogi 1:

Individu yang ingin menjadi seorang professional dalam sukan bola sepak, dia tidak menghadiri klinik bola sepak sahaja dan poooof, terus jadi pro. Bukan. It takes years of training and hard work to achieve that level. Adakah para pembaca menyangka bahawa individu yang telah mencapai matlamatnya itu hanya duduk diam goyang kaki sahaja? Even CR yang dah menang ballon d'or tu pun masih training sampai sekarang.


Analogi 2:

Untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, adakah kita perlu berusaha secara ala kadar sahaja? Untuk orang yang nak markah 'cukup-cukup makan' sahaja, mungkin boleh. Tetapi bagi mereka yang ingin cemerlang, ia terlalu jauh daripada mencukupi. Usaha biarlah sedikit tetapi berterusan (kenapa sedikit ini akan dibincangkan dalam entri akan datang). Berterusan is the key. Berterusan itulah yang penting. TRUMP CARD! Dan berterusan inilah yang kita kenal sebagai ISTIQAMAH.


Analogi 3:

Ok analogi ini paling best. Daripada tidak kurus nak jadi kurus. Dulu penulis takdelah kurus sangat and takdelah gemuk sangat. Tapi ada satu hari tu try lah nak buat diet programme sendiri. Seminggu pertama, langsung tak makan nasi. Kira hebat lah kan. Masuk second week terus GIVE UP. Serious. Memang tidak dapat tinggalkan nasi. But, bila baca artikel oleh Pengasas JK1M Kevin Zahri, beliau menyatakan yang nasi itu perlu dalam diet seharian. Kerap tetapi sedikit. Caps lock ayat tadi. KERAP TAPI SEDIKIT. Sama kan konsepnya macam istiqamah? Biar sedikit tetapi berterusan.

Diharapkan dengan penjelasan ini, para pembaca dapat nampak apa yang penulis cuba maksudkan tentang perkaitan antara hukum ohm dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia. Kalau masih tidak nampak tidak mengapa. Kita move on pula kepada penjelasan point yang kedua.

**********************************

Untuk point kedua yang melibatkan hubungan antara current yang indirectly proportional dengan resistance, kita masih jadikan current (I) itu sebagai ISTIQAMAH dan resistance (R) itu pula dimelayukan menjadi RINTANGAN.


Jadi hypothesis yang baru adalah seperti di bawah :

"Semakin tinggi kita beristiqamah, semakin rendah rintangan kita untuk mencapai kejayaan."

Bunyi cam pelik. Macam tak legit. Hypothesis accepted or not?

Ayuh kita ber'eksperimen' !


Analogi 1: Ada dua pelajar iaitu pelajar A yang mengulang kaji semua mata pelajaran hanya seminggu sebelum exam dan pelajar B yang telah mengulang kaji semua mata pelajaran 4 bulan sebelum exam. Apabila kita assume yang IQ kedua-dua pelajar ini sama, kita dapat lihat bahawa RINTANGAN yang dihadapi oleh pelajar B untuk menjadi cemerlang adalah lebih rendah berbanding pelajar A.


Analogi 2: Di tempat penulis menghafal Al-Quran dulu, ada seorang bro ni memang penulis tabik. Sebab apa tabik? Sebab setiap hari dia akan hafal 3 ms secara constant. Kebiasaannya, ustaz mewajibkan kami untuk menghafal lebih kurang 5 ms sehari. Walaupun helaian yang kami hafal itu lebih 2 ms daripada bro tadi, tapi markah yang bro tu dapat dalam ujian syafawi (lisan) dan ujian tahriri (bertulis) jauh beza dengan yang hafal 5 ms. Ok sekarang cuba kita lihat siapa yang lebih beristiqamah. Mungkin ada dalam kalangan kalian yang cakap kedua-duanya beristiqamah. Yang hafal 3 ms dan 5 ms. Tapi kita teliti balik konsep istiqamah. BIAR SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN. Kalau kita lihat dari segi kuantiti, memang yang 5 ms itu menang. Tapi dari segi kualiti? Sudah tentu bro tadi !


"It's the QUALITY what we wanted. Not the quantity." 

Prof Tariq Ramadhan


Kesimpulannya, mungkin ada dalam kalangan kalian yang berlainan pendapat dengan penulis. Tetapi tidak mengapa! Penulis tidak memaksa para pembaca untuk mengikut V= IR yang penulis anjurkan. Ini cara penulis untuk cuba mengasimilasikan engineering dan tarbiyah. Sesungguhnya islam itu luas dan meraikan perbezaan pendapat! So that we could have something to ponder, something we could think and also use our mind to be super creative! Bukan sekadar taqlid, hafal membabi buta tanpa dalil yang kukuh.

Sekian sahaja entri pada kali ini. Segala silap dan salah harap dimaafi. Segala teguran dan komen amatlah dialu-alukan demi membaiki diri yang penuh dengan kekhilafan. Sehingga bertemu di lain hari. Berusaha dan terus berusaha. Biar sampai syurga. ~(^.^~)



Koizumi Atsushi
04052015


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -