Posted by : Unknown Wednesday, August 19, 2015



First day intra, selepas melaporkan diri dekat Puan Ainun selaku Penolong Jurutera dekat bahagian Unit Elektrik, kami (saya, wan dan sorg lagi) diminta untuk berjumpa dengan Ketua Jurutera di bahagian yang sama. Encik Zulfadly namanya. 

Dalam 15 minit gak rr tunggu dekat ruang menunggu sebab encik tu tak sampai lagi. Sarapan mungkin. Tak pun traffic jam. Jalan kat Bangi ni memang. Ehh ke situ pulak. 

Lepas menunggu, barulah dia sampai. 

"Haa budak LI (latihan industri) dah boleh masuk sekarang." 

Ujar Puan Ainun kpd kami. 

Kami pun masuk. Duduk dekat 3 kerusi yang terletak di hadapan mejanya. 

So biasalah, kalau first time jumpa. Tanya nama siapa, asal mana, sekolah mana, spm berapa, kolej dekat mana, datang naik apa, dan soalan paling common, BOLEH CAKAP JEPUN TAK?? (Dalam hati time tu,, rasa nak cakap je,, BOLEH JE PAKCIKKK,, JEPUNNNNN) Ok loyar buruk lak.

Ok lepas tu encik tu mula lah berbicara. First pasal perihal elaun. Ok utk kami ni elaun takde. Sebab elaun hanya diberi kepada 40 orang terawal yang buat praktikal dekat UKM ni. So sebab kami ni dah last-last, memang tak dapat lah.

Second, sebab kami ni tak dapat gaji, dia janji lah yang abang2 engineer akan ajar kita betul2 lah pasal elektrik ni. (Unit elektrik je lah unit mekanikal tak tau pape). Due to that, encik tu suruh kami jadi gelas yang kosong. Ok disini ceritanya bermula. Mengapa gelas yang kosong kan? Mungkin ada yang faham. Mungkin ada yang tak faham dan tidak kurang juga yang buat2 tak faham. Haha. 

First and foremost,

Kenapa gelas yang kosong? 

Ok, menurut apa yang saya faham, ilmu ini diibaratkan seperti air. So fungsi gelas itu adalah untuk menakung air bukan? Jadi bila apabila air itu dituangkan dalam gelas yang kosong, macam ilmu yang dituangkan kepada diri kita lah senang cerita. It is called the PROCESS OF LEARNING. 

Tapi nak bagi satu persoalan. 

Kita dah belajar banyak2, tapi kenapa kita perlu jadi gelas yang kosong? Kenapa tak jadi gelas yang dah 1/4, 1/2, 5/8 terisi air? Kenapa nak kosong? Kalau kosong, sama je macam takde ilmu. Ehh ye ke? 

Ok based on my experience lah, (cewahh english) pernah lah saya dengar, antara benda yang boleh menjadikan seseorang itu sombong, tidak lain dan tidak bukan ILMU itu sendiri. 

Dan sombong itu pula menjadikan seseorang itu EGO. 

Pernah tak ada dalam situasi hidup pembaca sekalian, di mana kalian terdengar, tercakap atau terbaca ayat ni: 

"Eleh setakat benda ni aku dah tahu." 

"Owh bab yang ni tak penting lah, yang penting tahu basic." 

Mungkin bagi sesetengah orang, ayat di atas ni macam ayat2 biasa yang diucapkan dalam kehidupan seharian. Orang kata, ayat yang memang perlu diperkatakan. Haaa. Yes. Mungkin benar.

Tapi sedar tak apa yang terjadi selepas kita ungkapkan ayat2 ni? 

Jawapannya mudah. 

Kita akan ambil mudah terhadap ilmu yang diberi.

Yelah kan. Dah tahu. Buat apa nak dengar lagi. Baik tidur. 

Dah faham basic. Buat apa nak fahamkan yang complex. Baik tengok yu gi oh. (Hehe) 

Seolah-olah, menjadikan ilmu yang dituangkan kepada kita itu sia2 belaka. Sama macam air. Bila dituangkan dalam gelas yang penuh, mestilah tumpah. Kita mana tahu. Air yang akan dituangkan itu lagi sedap daripada air yang dah sedia ada di dalam gelas. Ilmu yang ingin dipelajari, lebih elok daripada ilmu yang ada dalam diri. Tidak ada sesiapa yang tahu. 

Jadi, berbalik kepada gelas yang kosong tadi. Gelas yang kosong tidak semestinya tidak ada ilmu. Cuma kita yang kena pandai manage gelas itu sendiri. Sama ada nak guna gelas yang ada air ataupun guna gelas baru yang kosong. 

Perkara yang sepatutnya terjadi, apabila kita menyantuni ilmu pengetahuan, kita akan menjadi lebih tunduk. Tunduk bukan bongkok. Tunduk itu rendah diri. Makin banyak benda yang kita tahu, makin banyak pula benda yang kita tidak tahu. It's like a tree branch. 

Kesimpulannya, sesungguhnya menuntut ilmu ini tiada penghujungnya. Adakah kita ingin menjadi sombong atau merendah diri apabila menuntut ilmu itu terpulang kepada diri kita. Jadilah gelas yang kosong. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Semoga dengan ilmu yang dimiliki, ia akan menjadikan diri kita lebih baik setiap masa. 

Berusaha dan terus berusaha. Biar sampai syurga.


Koizumi Atsushi 
10082015
UKM





P/s : jangan tanya kenapa guna gelas. Tak guna baldi ke tempayan ke pasu ke. Jangan tau. Haha

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -