Posted by : Unknown Monday, August 31, 2015



Sungguh. Kerja menukar lampu, walaupun hanya menukar lampu, penatnya tidak terkata. Bukan satu lampu. Bukan dua lampu. Tapi satu bangunan. Ergh. Tetapi sebab minggu tu ditugaskan dengan bahagian voltan rendah zon 1 (UKM ada 2 zon) , so kenalah selenggara lampu dekat bangunan dalam zon 1 ni. Kena pulak Fakulti Sains dan Teknologi. Paling ketara bangunan Sains Geologi. 5 tingkat. T^T

Fuhh. Jam menunjukkan pukul 12. Waktu untuk rehat. Lepas settle punggah lampu2 lama dekat bilik LV (low voltage), apa lagi, balik ofis untuk ambil dompet, then terus pergi cafeteria (dalam 200 m). 

Penat daripada naik turun tangga tak hilang lagi, ditambah lagi dgn penat berjalan dr ofis ke cafeteria (sebab naik bukit) . Langkah demi langkah, aku berjaya juga sampai ke cafeteria. Fuhh.

Bila tiba tu, mata time tu tertumpu dekat satu je. 


AYAM GORENG


Aroma dia.

Keemasan dia.

Umphhh. 

Ok tutup cite ayam goreng. Lepas tu, amik pinggan, amik nasi. Amik sayur. Dan semestinya yang paling tidak dilupakan. Ayam goreng. 

Kemudian pergi lah dekat kaunter. 

'Pak cik , berapa rm ni?' 

'Haaa tu rm 4 je dik. Pandai adik pilih ayam tuh,, sedapppp.'

Tergelak sketika dgr 'pujian' yg diberikan pak cik tu.

Lepas bayar. Cari tempat duduk. Namun selepas tu, benda paling malang dalam hidup berlaku.

Ayam goreng yang diselaputi aroma dan rempah2 keemasan itu,,, 




TERJATUH




Berputih mata tgok ayam goreng yang diidamkan untuk menghilangkan segala lelah dan letih tukar lampu dekat bangunan sains geologi itu,,,






TERJATUH






Hati diulit beribu kekecewaan. Mengapa skrg? Mengapa aku? Mengapa bukan Naim Nasser yang kini berpraktikal di giatmara sepang? 

Dengan hati yang luluh kuciwa, aku pun kutip ayam tu sebab nak buang. (Geli lah nak makan balik kan).

Tiba2,,

'ADIK! Jgn kutip ayam tu! Ambil ayam lain! Dah kotor tu! Gi ambil lain.' Tegur seorang pak guard yg berada 2 meja sebelah aku. 

Tapi aku nak ambil ayam tu sebab nak buang. Tapi atasdasar menghormati orang tua, Aku pun tinggalkan ayam itu. Dengan perasaan yang sedih, Aku gi ambil ayam goreng yang baru. 

Time nak bayar, something unbelievable and unpredicted happened. 

Pak guard yg tegur aku tadi dtg kat kaunter. Dia tny pak cik tu. 

Pak Guard: 'Tadi teh ais dengan nasi goreng berapa?' 

Pak cik : 'Nasi goreng sedap ngn teh ais tu rm 4.50 je bang.'

Pak guard :'Haa lupa. Tadi budak ni ayam dia jatuh. Ayam tu berapa pulak?'

Aku pun cakap dekat pak cik tu. 

Aku : 'Ehh pak cik takpelah,, saya jatuhkan saya bayar lah.' 

Pak guard: 'Takpe2 dik, biar pak cik bayar.' 

Ketika itu, Aku speechless. 

Pak cik dekat kaunter tetibe bersuara.


Pak cik: 'MashaAllah ayam dia jatuh ke? Hmm tak pe lah pakcik halalkan je lah.' 


Bertambah speechless aku. Dah speechless bertambah speechless.

Dinaungi oleh 2 pasang pemilik sayap kebaikan. Aku terharu sangat2. Semuanya berlaku sekelip mata. Begitu pantas. Pak cik cafeteria yang baru aku kenal beberapa hari. Dan pak guard yang baru aku kenal beberapa saat lepas. Aku pun mengangguk. Sambil mengucapkan terima kasih. Dan terus makan. End of story. 

Ibrah daripada cerita ni : Sungguh, tidak akan ada batasan untuk membuat kebaikan. Masa, pangkat, bangsa, kasta, mahupun agama. Semua orang boleh sebarkan kebaikan. Kerana kebaikan itu fitrah kita sebagai seorang manusia. Macam kisah tadi. Tak pernah kenal pun. Tapi sudi untuk bayarkan atas kesilapan yang dilakukan orang lain. Kalau ada batasan untuk melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa batasan itu tidak lain dan tidak bukan direka oleh manusia itu sendiri. Akhir kata, ayuh! Kita lebarkan sayap kebaikan! Bukan aku. Bukan kau. Tapi kita semua! Semoga dengannya, kita dapat terbang menyebarkan kebaikan kepada seluruh dunia. Biar sampai syurga! 


Koizumi Atsushi
19082015
UKM

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -