Posted by : Unknown Sunday, May 3, 2015

[Situasi : Dewan peperiksaan NB63 sebuah universiti]

Mariam : Fatihah, enti dpt berapa markah Oral Histology tadi?

Fatihah : Alaaa sikit je..salah 5 soalan

Mariam : Yang tu enti kata sikit..tak patut tak patut

Fatihah :" Kalau " ana belajar sungguh-sungguh lagi mesti boleh dapat lagi tinggi

Perbualan mereka terhenti setakat itu. Agak- agak anda, apa yang saya cuba sampaikan melalui perbualan dua orang sahabat ni? Jeng jeng jeng....(padahal tajuk entri pun sudah terang lagi bersuluh)

TAWAKAL

Kita sering lupa. Kita sering alpa dan leka. Walaupun ia merupakan satu perkataan terdiri daripada 7 huruf dan 3 suku kata yang ringkas, namun di sebalik keringkasan itu terhimpun 1001 makna. Saya bukanlah orang yang selayaknya nak bercakap tentang tawakal ni, tapi apa salahnya berkongsi? #sharingiscaring kan *smile *

Even dalam al Quran pun ada menyebut,

"Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang beriman."

(Adz Dzariyat 51:55)

Ok sekarang kita pergi pula kepada main point dalam entri kali ini. Apa itu tawakal? Penting ke tawakal ni? Sudah pasti anda semua tahu apa itu tawakal. Adakah tawakal itu perlu setiap kali tiba musim peperiksaan sahaja? Sejak di bangku sekolah lagi kita acap kali mendengar perkataan tawakal ini. Malahan, antara kata- kata yang popular kalau nak bagi semangat kepada orang mesti berbunyi `Usaha, Doa & Tawakal'. Betul tak? (Especially orang yang study last minute hahaha.)

Jom kita tengok apa maksud tawakal ni. Tawakal secara istilah bermaksud rasa PASRAH hamba kepada Allah yang disertai dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia dan menunaikan segala perintahNya. Jadi, kalau seseorang itu tidak patuh dan setia dengan perintah Allah, tak boleh tawakal la ea? Haaaa apa pendapat anda?

Sebagai individu Muslim yang ingin mengejar Mardhotilah ( redha Allah), fahaman sebenar tentang konsep tawakal ni amatlah dan tersangatlah perlu. Jadi bagaimana untuk mendapatkan fahaman sebenar itu? Terdapat 4 unsur yang diperlukan dalam mencapai tawakal yang sebenar- benarnya kerana Allah taala. Antaranya ialah :

1. Mujahadah : Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Doa : Walaupun kita sudah berusaha, kita harus tetap berdoa kepada Allah.

3. Syukur : Apabila bertemu kejayaan kita harus bersyukur. Apabila kita tidak menemukan kejayaan, kita juga seharusnya bersyukur ;)

4. Sabar : Tahan menghadapi ujian (tidak kira saiz dan magnitude)

Jika para pembaca sekalian mempunyai keempat-empat elemen ini, barulah ia dinamakan tawakal yang MANTAP, dan bukan hanya sekadar tawakal di mulut sahaja. Kita sering terkeliru dengan konsep tawakal ini yang mana sering kita gunakan dalam kehidupan harian seperti :

"...tak sempat nak studylah, tawakal je lah."

"..malasnya nak baca buku, tawakal je lah jawab exam nanti."

So, ayuh para pembaca sekalian, mari kita betulkan kembali perspektif mengenai tawakal ini dengan meneliti beberapa ayat Al-Quran dan hadith di bawah.

" Dan dia memberiNya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluanNya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." 

[ At-Talaq 65:3 ]

     ******************************************

" Dan kepunyaan Allah lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNya lah dikembalikan urusan- urusan semuaNya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepadaNya, dan sekali- kali tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan."

[Surah Hud 11:123]

                                          ******************************************

Dari Umar bin Al- Khattab r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, seperti Allah memberikan rezeki kepada seekor burung. Ia pergi ( dari sarangnya) di pagi hari dalam keadaan perut kosong, dan kembali (ke sarangnya)  di akhir hari dalam keadaan perut yang penuh (kenyang).

[Hadis Riwayat Imam Ahmad, At Tirmidzi]

 *******************************************

Terlalu banyak kalam Allah dan hadis Rasulullah yang menyatakan tentang tawakal ini. Melalui beberapa ayat ini dapatlah kita simpulkan betapa pentingnya tawakal ini dalam mencorak perjalanan hidup kita. Sebab apa penting? Kerana secara tidak langsung, kita akan sentiasa berhusnu dzon (bersangka baik) dengan Allah yang mana insyaAllah kita akan ikhlas menerima segala natijah (hasil) yang Allah kurniakan kepada kita.

Ada senior berkata kepada saya,

" Kalau tak nak terlampau sedih, tawakal. "

" Kalau Allah bagi cukup pun rasa tak cukup, macam mana Dia nak bagi lebih."

Sentap. Speechless. Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? KITA ( saya dan anda ) perlu terapkan di dalam hati dan mula praktikkan (perkara sekecil ini pun perlukan latihan tau..)  untuk sentiasa bertawakal dalam setiap perkara yang kita lakukan. Tidak kiralah sama ada dalam urusan pelajaran hatta keluar dari rumah pun harus niat bertawakal kerana Allah kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Awal- awal mungkin sering terlupa, tapi lama kelamaan insyaAllah akan menjadi kebiasaan. Bak kata pepatah femes melayu, ‘Alah bisa tegal biasa'.

Akhir kalam, sesungguhnya tangan yang menulis ini sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang lebih berat untuk melaksanakannya. Entri kali ini ditulis tidak lain dan tidak bukan, supaya saya dapat mengingatkan diri saya sendiri dan juga para pembaca budiman sekalian. Semoga kita dapat manfaat, berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah sampai syurga!
* tanda aman *

Irbid, Jordan.
12:51 am


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -