Posted by : Trooper Berjubah Friday, May 8, 2015

Sungguh,
Perjalanan ini,
Mengambil masa yang begitu lama,
Berbulan.
Mungkin.
Bertahun.
Pun mungkin. 

Sungguh,
Perjalanan ini,
Bukan mudah.
Dibayar dengan pengorbanan,
Itu memang wajib.
Ditimpa dengan ujian, 
Itu sudah biasa.

Sungguh,
Perjalanan ini,
Akan membawa aku pulang.
Tetapi,
Pulang ke mana? 
Di manakah hala tuju aku? 
Ke mana akan aku pergi?

Sungguh,
Jalan pulang yang dituju,
Bukanlah dihiasi mawar yang harum baunya.
Bukanlah diisi emas dan permata.
Bukanlah dipenuhi gadis jelita dan jejaka yang kacak rupanya.
Itu hanya fatamorgana. 
Demi melekakan manusia,
Ke destinasi yang sepatutnya.

Sungguh, 
Sahabat,
Aku pinta,
Aku mohon,
Bimbinglah aku,
Aku ingin pulang.

Pulang,
Ke tempat penuh kedamaian.
Pulang,
Ke tempat dilimpahi rahmat.
Pulang,
Ke tempat yang diredhaiNya.

Sungguh,
Aku ingin, 
Kita semua pulang.
Pulang ke jalanNya. 
Kerana itulah,
Fitrah seorang pengembara.
Fitrah seorang pejuang.
Fitrah seorang pendosa.
Fitrah manusia, 
Yang ingin pulang.



Trooper Berjubah

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Rabbi, Rabbi up above,
    Protect my akh with care and love.
    Answer his prayer, he is worth to be listened,
    And bring him up, all the way to the Seventh Heaven.

    ReplyDelete

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -