Hensem: Bro, cmne nk jd 天才(genius) mcm ko rr? Jeles lah bhaii,,
K.A: Hmmm,, ak 普通(biase2) je lah weyh,, ak ade lah dpt merah skali skala,, genius ape,, tuihh,,
Hensem: Xde2,, ko genius gakk,, ak byk beli bku,, byk gi motivasi,, gred ak kat bawah je,, rse rugi pulakk,,
K.A: Rilek bro,, jgn pker rugi sume bnd tuh,, bkn nye ape,, xsmpai lg kowt,,
Hensem: Hmm,, mgkin,, tp boleh x ko bg ak tips sket ke,, supaya ak x あきらめる(giveup),,
K.A: Bleh kowt,, klo nk brjaya ni,, Allah dh bg pnduan dah kat surah Al-Mu'minun weyh,, nnti ko bce rr trjemahan nye,, psti Allah boleh tolong ko bro,, insyaAllah ^^
Hensem: Trima kasih bro! Sayang ko <3 (Hahaha)
K.A: Peace ^^v
Ye, inilah yg brlaku kpd zaman skrg,, especially kepada REMAJA, ANAK MUDA, BUKAN ORANG TUA, UMUR XSAMPAI 40 LAGI dan lain2 lagi. Di mana apabila kecemerlangan itu hanya ingin digapai melalui duniawi sahaja.
Seperti post ana yang sebelum ni,, kita kena igt,, bahawa duniawi dan ukhrawi itu perlu seimbang, demi mlahirkan mu'min yg profesional dan intelek yang mampu mmberi sumbangan kepada individu, masyarakat, agama dan negara.
Jadi, apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips
kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah
yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang
sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang
akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."
[23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan
mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati,
bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha
(perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan,
menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja
melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk
belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah
seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan
perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih
sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk
mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila
kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan
banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat
pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada
masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang
bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita
bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih
susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu,
kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali
terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka
(isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik
itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari
batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi
berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je
mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan
sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan
janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu
bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita
telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai
seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita
mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan
meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus
menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula
wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang
pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa,
tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika
sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa
peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan
peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari
juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan
jalan.
Khalasatul qaul (kesimpulannya), janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini
untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita
menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya
dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita
perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah
SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya. Wallahu'alam.
Segala silap dan salah harap dimaafkan dan diberi teguran.
~Moga Allah Redha^^