Posted by : Unknown Sunday, April 5, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

     Agaknya dah berapa lama tak menulis ea? Rasanya lama jugak rr sebab lupa password punya pasal. Ok hari ni nak bercerita sedikit tentang dakwah. Eh kenapa dakwah padahal dekat tajuk tulis lain? Haa tak tau kann? Xpe2 yang dakwah ini saya tulis sebagai muqaddimah dan tajuk sebagai main point kita pada hari ini. Daripada Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash r.a., Rasulullah S.A.W telah 
bersabda:

"Sampaikan dari ku walau satu ayat,
dan ceritakanlah tentang bani Israil tanpa perlu rasa takut.
Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja,
maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka."

(Riwayat Bukhari)

Dalam Al-Quran juga ada disebutkan,

"Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang mengetahui tentang siapa 
yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui 
orang2 yang mendapat petunjuk."

(An-Nahl 16:125)

    Ok berdasarkan kedua-dua dalil di atas, kita sebagai individu Muslim perlu dan sangat perlu untuk mengetahui bahawa dakwah ini wajib dilaksanakan oleh kita semua. Sebab apa? Ini sebabnya:

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi
peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling
daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh
kedua tangannya..."

(Al-Kahfi 18:57)

Sekarang nak buat sesi soal jawab lah sikit. Hehe. Berdasarkan dalil di atas, kita ada tak "diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya"? Pastu, ada tidak dalam sepanjang tempoh dalam hidup kita ini, ada ketikanya kita "lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya..." Sebagai seorang manusia yang biasa yang memang TIDAK AKAN SEKALI PERNAH terlepas daripada melakukan kesalahan, pasti dan pasti ada suatu ketika kita melanggar laranganNya. Ok kedua-dua soalan telah dikemukakan dan sila lihat statement daripada dalil di atas yang berbunyi "Dan TIDAKLAH ADA yang lebih ZALIM...". Ouchh. Bagi orang yang sedar apa yang dikatakan pasti merasakan dirinya bagai ditusuk katana di bahagian vena cava (acah2) berkali-kali. 

    So bagi orang yang sedar akan kewajipan berdakwah ini tapi tak tau nak kena start daripada mana? Kena join usrah? Kena banyak membaca? Kena pakai kopiah? Kena berpakaian macam ustaz? Macam mana kan? Ye lah nak berdakwah bukan senang. Salah cakap kena hentam. Ho3,, so how?
Tamat muqaddimah. Kita masuk main point pulak iaitu...

(sekarang kat Jepun famous pasal sakura niyh. So nah sakura.. ~^^)


The TRUE Knowledge (2+2=5?)

    Percaya atau tidak? Bahawa kehidupan kita ini tidak cukup sahaja sekadar mencari ilmu. Kita perlu mencari ilmu di sebalik ilmu. The knowledge beyond the knowledge. Saya ada menghadiri Kursus Methodologi Dakwah yang dikendalikan oleh Brother Firdaus Wong. Dalam kursus tersebut saya mengetahui bahawa seseorang pendakwah akan dilontarkan berjuta-juta soalan oleh pihak atau individu yang mempunyai kurang pemahaman terhadap islam. So seorang pendakwah yang berkaliber akan banyak menggunakan sumber dalil di sebalik hukum. Sebagai contoh, ARAK itu HARAM. Kenapa HARAM? Ada dijelaskan dalam surah Al-Maidah (5:90-91) . Inilah yang dikatakan sebagai The true knowledge. Di mana pendakwah bukan sahaja mengetahui hukumnya adalah HARAM (ilmu) tetapi juga mengetahui dalil kenapa ia nya haram (ilmu disebalik ilmu). 

   Selain itu, ada analogi yang cukup mudah untuk menerangkan perihal the true knowledge ini. Ceritanya begini.

Pada suatu hari, seorang professor yang berkelulusan dalam bidang Advanced Mathematics dari Universiti Ritsumeikan sedang memberi lecture kepada pelajar2 nya. Beliau ingin mengajar para pelajarnya tentang 'TRUE KNOWLEDGE' lalu mengajar sesuatu yang cukup mudah iaitu 2+2=5. Kemudian, masuk seorang budak 6 tahun dalam hall tu dan mengatakan dengan suara yang cukup nyaring iaitu 2+2=4 (sambil menggelakkan prof). Sebagai seorang pelajar yang waras dan berintelektual, mungkin ada yang percaya bahawa prof itu demam (budak itu betul lah maksudnya). 
Tetapi, ada juga para pelajar yang percaya kepada prof itu bahawa 2+2=5 dengan beranggapan pastinya terdapat equation dan helah di sebalik statement prof tadi. Bila ditanya siapa yang menyokong pendapat prof, hampir keseluruhan para pelajarnya mengangkat tangan. -END-

Jadi nak tanya kepada pembaca sekalian mana yang betul, 2+2 = 4 atau 5? Pasti lah 4 bukan? Dengan menyusun 2 jari di kanan dan 2 jari di kiri kita akan dapat mengetahui bahawa terdapat 4 jari yang disusun dan bukannya 5. Tapi ini benda basic. Benda mudah. Cuba bayangkan benda yang lebih compilcated seperti formula F=IBl (force = current x magnetic field x length). Sekiranya disusun F=BIl, walaupun pengiraannya betul, namun maksudnya salah kerana force is the outer product of current and magnetic field (F=I X Bl , X:multiplication that shows the outer product). Sekiranya disusun formula itu F=B X Il, bermakna arah daya yang akan dihasilkan adalah salah. (sekiranya tidak faham sila tengok youtube or tanya kawan2 yang lebih mengetahui.) 

Kesimpulannya, saya hendak menunjukkan bahawa, untuk menjadi seorang pendakwah yang berkaliber, kita BUKAN SAHAJA DITUNTUT MENUNTUT ILMU, namun dituntut untuk MENUNTUT ILMU DI SEBALIK ILMU. Sebab tanpa the TRUE KNOWLEDGE, kita hanya akan dapat mengambil ilmu itu sekadar pada surface sahaja. Ala kadar. Bak kata ustazah Mariatun yang mengajar PQS saya dulu, JANGAN TAQLID! (Taqlid : Hafal membabi buta). 

Jadi sampai di sini sahaja penulisan COMEBACK saya setakat ini. Saya manusia. Dan anda juga manusia. Tidak lari daripada membuat kesalahan. Semoga yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan teladan. Allah sentiasa mengampunkan hambanya yang bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Sekian di lain hari. Adios! 

11.23 AM - 15 Jamadilakhir 1436H,
5 April 2015,
One Day One Hadith (ODOH),
Penjuru kanan belakang,
Surau MJII,
Beranang, Selangor. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -