Posted by : Unknown Saturday, April 18, 2015

Menjadi seorang manusia, pasti dan pasti dan pasti tidak akan terlepas daripada ujian. Tidak kiralah, ujian untuk menguji kefahaman, ujian untuk menguji setakat mana penguasaan kita terhadap sesuatu subjek, mahupun ujian untuk menguji setakat level keimanan kita. Itulah hakikat menjadi seorang manusia. Diuji dan terus diuji. Dan yakinlah, matlamat manusia diuji, bukanlah untuk menjatuhkan manusia itu sendiri. Malah untuk meningkatkan lagi darjat seseorang manusia itu. Bila mana dia diuji, dia tahu kelemahannya. Bila mana dia diuji, dia tahu akan kekurangannya. Bila mana dia diuji, dia tahu bahagian mana di dalam dirinya yang memerlukan penambahbaikan. Alangkah indahnya ujian itu bagi orang-orang yang sedar!

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya besar pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang redha dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang tidak redha maka dia akan mendapat kemurkaan Allah."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Hei manusia! Berbanggalah! Kerana Allah mengasihi kita dengan memberi ujian kepada kita. Saya ada analogi yang cukup mudah. 


Adakah lecturer buat beberapa test dan exam, bertujuan untuk menjatuhkan CGPA kita? 
Mesti lah tak kan? Dan seringkali markah yang kita peroleh semasa itu 
berfungsi sebagai backup untuk final exam nanti. 


Begitu juga dengan Allah. Adakah kita mengira bahawa Allah menguji kita untuk menjatuhkan darjat kita? Berbaik sangkalah dengan Allah! Allah tidak akan menguji sesuatu kaum itu dengan bertujuan untuk menjatuhkan, malah untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya. Ya, Allah sayang kita! ~^^

Dan selain daripada hadis di atas, terdapat beberapa lagi dalil yang menunjukkan betapa signifikannya ujian di dalam kehidupan kita. 


Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan MENGUJI kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan
hanya kepada Kami.

(Surah Al-Anbiya' 21:35)

********************************

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka 
tidak DIUJI?

(Surah Al-'Ankabut 29:2)

********************************

Dan Kami pasti akan MENGUJI kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

(Surah Al-Baqarah 2:155)


Ini adalah antara ayat-ayat yang diambil dari Al-Quran sendiri, dari kalam Allah sendiri bahawa yang Dia pasti akan memberi ujian kepada hamba-hambaNya. Tidak akan terlepas pun walaupun seorang. 

Kadangkala kita ada terdengar, tercakap,


"Ehh untungnya dia ni. Bahagia je hidup. Macam xde pape kesusahan.
Pandai pun pandai. Kaya pun kaya. Senang cerita 'perfect' lah."


Di sini, para pembaca perlu mengetahui, perlu set mentaliti, bahawa UJIAN itu bukanlah dalam bentuk KESUSAHAN, NEGATIF, dan MERUGIKAN sahaja! Bahkan kesenangan itu juga ujian daripadaNya. Analoginya cukup mudah. 


Adakah cikgu memberikan test untuk yang kurang pandai sahaja? 
Manakala orang yang pandai pula dibiarkan kerana mereka sudah pandai? 
Tidak! Test itu adalah untuk semua! Dan di dalam test itu, ada 
bahagian yang mudah dan ada bahagian yang susah. 
Susah atau senang, ia tetap dipanggil test. 


So, kenapa ujian daripada Allah tidak difikirkan sebegitu rupa? Same name bro. Test. Ujian. Ada dalam bentuk kesusahan. Ada dalam bentuk kesenangan.

********************************

Para pembaca sekalian, ketahuilah,


Bila kita lihat seseorang itu dilimpahi dengan harta, ingatlah bahawa dia sedang diuji.

Bila kita lihat seseorang itu berilmu, pandai dan alim, ingatlah bahawa dia sedang diuji.

Bila kita lihat seseorang itu hensem, cantik, ingatlah bahawa dia sedang diuji.

Bila kita lihat seseorang itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam, ingatlah bahawa dia sedang diuji.

Bila kita lihat seseorang itu tidak mendapat keputusan yang memuaskan, ingatlah bahawa dia sedang diuji. 

Bila kita lihat seseorang itu bersungguh mencari nafkah untuk keluarganya, ingatlah bahawa dia juga sedang diuji.

Bila kita lihat saudara kita di Syria, Palestin, Mesir, ingatlah bahawa mereka sedang diuji.


Baiklah, nampaknya pembaca sudah membaca ayat di atas. Sekarang, nak buat satu permintaan. Iaitu, baca balik ayat yang di'italic' di atas ini semula, tetapi kali ini dengan membuang perkataan 'lihat seseorang itu' dan menukarkan perkataan 'dia' dengan 'kita'. Baca dan hayati. Baca dan fikir. 


********************************

Ada ketika, bila kita diberi ujian, kita akan jatuh tersungkur. Yelah, kita manusia biasa. Aku pun kadang-kadang begitu. Tipulah kalau aku ni mampu berdiri gagah selamanya. Bukan senang nak hadapi ujian. Bukan senang nak settlekan stress. Tetapi, baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah buku yang dinamakan DIAgnosis. Di dalamnya ada tertulis pepatah yang menyedarkan aku akan hakikat dunia ini.


"There is a purpose for the place you are at this very moment.
Sometimes we find it hard to understand how we got where we are and why,
but in time, you'll realize there was a reason."

Anonymous

Yes! Sesungguhnya ramai yang tidak tahu kenapa dia berada dalam keadaan dia sekarang. Kenapa dia menulis blog? Kenapa dia stress? Kenapa dia berada dalam kelas Hatono Sensei? Kenapa dia berada dalam bidang electrical and electronic engineering? Kenapa bukan mechanical? Kenapa kena buat report yang panjang berjela?

Mungkin sekarang ramai yang tidak tahu. Tapi insyaAllah. Kita akan tahu yang adanya reason untuk kita stress. Ada reason kita masuk kelas Hatono Sensei. Ada reason kita masuk engineering. Ada reason! Tapi apa reasonnya? Sabarlah. Reasonnya pasti akan muncul jua suatu hari nanti. Yakinlah dengan Allah! =)


********************************


Kesimpulannya, saya manusia, dan anda juga manusia. Kita sebagai manusia ni, pasti akan ditimpa ujian. Tidak kiralah dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Ingatlah hadis nabi muhammad s.a.w. sebentar tadi, "besarnya pahala itu bergantung kepada besarnya ujian." Dan ketahuilah, kita sebenarnya dikasihi oleh Allah apabila kita ditimpa ujian! Takutlah dan risaulah sekiranya kita tidak ditimpa ujian, kita seolah-olah berada pada posisi 'tidak dikasihi' oleh Allah. Yakin dan percayalah! Untung adalah pada mereka yang ditimpa ujian! Sekiranya mereka mengetahui!



Berusaha dan terus berusaha.

Biar sampai Syurga ! 

-AZ- 












{ 2 comments... read them below or Comment }

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -