Posted by : Unknown Friday, January 24, 2014

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah sekali lagi kerana telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus berjuang di dunia yang fana ini bagi mencapai kebahagiaan yang infiniti di akhirat sana, InsyaAllah.


Pada kali ini, ana ingin berkongsi tentang satu istilah yang pastinya sudah biasa didengari oleh telinga manusia iaitu berkaitan dengan ilmu. Ya, ILMU. 

Tapi di sini ana bukan ingin menerangkan konsep ilmu yang sudah banyak tercatat di dalam pelbagai buku serta risalah. Namun topik yang ingin ana bawa disini ialah berkaitan pembangunan ilmu islam.

Dahulu, umat islam sangat terkenal dalam khazanah ilmu, terutama sekali pada zaman kegemilangan Kerajaan Abasiyyah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Harun Al-Rasyid dengan wujudnya perpustakaan Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai pusat penterjemahan, pusat perbincangan, serta sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Dari situlah lahirnya tokoh-tokoh terkenal seperti Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Rusyd dan kawan-kawan. 

Namun berbeza dengan zaman kini, sudah jarang bg kita untuk lihat tokoh2 seperti yg dsebutkn td pd zman skrg. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa??? 

Drpd sdikit ilmu yang telah ana peroleh di dalam kelas brkaitan dgn pmbgunan ilmu islam ini, sebab utama adalah disebabkan ilmu yg kita peroleh ini tidak diseimbangkan dengan agama.

Ustaz ana ada brkata, ilmu ini perlu bergerak seiring dan juga seimbang dengan agama. Jika ilmu diberatkan, akan berlaku lah kes seperti prof yg tidak prcayakan tuhan dan hnya mngaitkan sesuatu kejadian itu secara saintifik sahaja. Jika agama diberatkan pula, akan lahirlah mereka yang kuat pegangan agama tanpa memiliki sebarang ilmu untuk dikaitkan dgn kjadian alam. Disebabkan itu kita perlu seimbangkan kedua-duanya untuk menjadi muslim yang SUPERB, UNGGUL dan juga PRO.

Antara sebab tokoh2 islam yg trdahulu kita boleh katakan sebagai 'Gempak' adalah kerana mereka mem'fertilize'kn ilmu dan agama. Golongan ini dikatakan sbgai golongan yg seimbang duniawi dan juga ukhrawi dan akhirnya mereka telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada tamadun dunia sehingga sekarang.

“Sesiapa yang inginkan dunia,dia mestilah mempunyai ilmu.Sesiapa yang inginkan akhirat,dia mestilah mempunyai ilmu.Sesiapa yang inginkan kedua-duanya,dia mestilah mempunyai ilmu.”

― Imam Syafi'e

Inilah kelemahan kita sekarang, menuntut ilmu hanya skdar untuk lulus peperiksaan, dapat anugerah dekan mndpt degree, status yg tggi dan lain2 lagi. Dalam erti kata lain, fokuskan duniawi shingga lupakan ukhrawi. Ana tidak bermksud yg kita perlu mlupakan tujuan ini. Namun mksd ana adalah, jgn lah kita jadikan tujuan ini sbgai MATLAMAT. Jadiknlah tujuan2 ini sebagai ALAT utk kita mencapai matlamat yg utama iaitu mencapai keredhaan Allah. Dan apabila matlamat yang utama sudah ditetapkan, dlm masa yg sama matlamat sampingan juga dapat dicapai seperti yang telah dicapai oleh tokoh2 islam terdahulu. 

Sekian sahaja. Segala kekhilafan harap dimaafkan dan diberi teguran. Wallahu'alam. 



Moga Allah Redha ^^

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

僕は小泉です!

僕について (Self)

Student .//. 162cm .//. Biru .//. PemburuMardhatillah .//. JAD .//. 日本 .//.

フォローワ (Followers)

友人のブログ(Belog kawan2)

有名なポスト (Popular Post)

- Copyright © BiarSampaiSyurga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -